Thursday, August 20, 2009

"Hayatilah kemerdekaan negara kita"









Sejauh mana kita tahu tentang sejarah kemerdekaan negara kita? Senang bagi kita melafazkan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! tetapi makna di sebalik perkataan keramat itu sukar ditafsirkan.... masing-masing ada tafsirannya sendiri.

Ambil tahu tentang sejarah diri, bangsa dan negara kita kerana ia akan menjadikan diri kita semakin kuat... Kita tidak akan mudah lupa daratan kerana kita tahu dari mana asal-usul kita.
Hayatilah perjuangan orang yang telah banyak berkorban untuk memastikan negara kita bebas dan berkerajaan sendiri. Kesenangan kita hasil kesungguhan dan kesusahan mereka.... Fikir-fikirlah..... tatapilah laman web di bawah untuk maklumat lebih lanjut tentang kemerdekaan negara kita....
http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_view.asp?kbid=15

"Kejayaan Diraikan Bersama"

21 Ogos 2009....Hari ni Alias, Azfar dan Zakwan berkongsi kejayaan bersama-sama dengan guru SDAR.
















Sebanyak 4 biji kek dari 'Secret Recipe' telah dibeli untuk diberikan kepada guru & 1 biji untuk diraikan bersama rakan. Semoga ketiga-tiga pelajar ni akan dapat berkat dari Yang Maha Esa... Amin...


Pening kepala juga la saya dan cikgu Nurul nak pilih kek ni... tapi alhamdulillah... semuanya small matter.... and today all the teachers enjoy their cake.....


Suka hati betul cikgu-cikgu ni bila dapat makan kek... berseri-seri... maklumlah esok dah nak start puasa dah.... Jadi hari ni mantai kek la...











































Lastly.... SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN MOGA DAPAT KUMPUL BANYAK PAHALA DALAM BULAN YANG MULIA NI.....

"SELAMAT BERPUASA"

Wednesday, August 19, 2009

Tempat pertama Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2008

















15 Ogos 2009, Karya pelajar SDAR, Felda : Evolusi Setengah Abad telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2008 Kategori Menengah Atas. Bangga betul cikgu dengan team ni bila tengok mereka menerima hadiah dari Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr. Mohd Puad b. Zarkashi. Harum nama SDAR..... Tahniah kepada Alias, Azfar dan Zakwan.... "Up' cikgu Sejarah tau... Nanti kita raikan yer...

Ramai tokoh sejarah yang datang..... dapat la saya jumpa dengan lecturer masa kat UM dulu Prof Abdullah Zakaria Ghazali.... malah bekas pengetua SDAR pun ada... Dato' Abdul Rahman Yeop... sempat berborak malah bagi tips-tips yang baik untuk budak sdar. Bangga betul beliau bila tau SDAR menang....

Haziq Asyraf.... thanks for wonderful picture... gaya profesional betul masa ambil gambar hari tu... dapat 'thumb up' dari saya dan cikgu aishah. Tak sia-sia bawa awak tau. Nanti cikgu belanja makan yer....